Followers

Saturday, June 20, 2009

Jadilah orang luar biasa

Salam dan hai kepada semua terutamanya murid-murid saya di Tahun 6 A1 dan 6A2, SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Apa khabar? Mesti penat, kan? Ya lah.... apa tidaknya. Hari-hari belajar untuk mendapatkan yang terbaik. Kalau ada waktu rehat pun, mungkin Ahad. Itu pun kadangkala terpaksa ke sekolah pada sebelah pagi untuk kelas tutorial dengan saya selama tiga jam. Begitulah... kerana hanya usaha luar biasa saja yang boleh menghasilkan keputusan luar biasa walaupun kita ni orang biasa saja.
Tapi kali ni saya ingin sangat melihat murid-murid saya menjadi orang luar biasa. Bukanlah nak jadi orang luar biasa tu yang boleh tarik bas dengan tali diikat pada janggut atau leher. Tidak juga saya suruh kamu semua jadi orang luar biasa yang boleh makan kaca lampu.
Sebenarnya nak jadi orang luar biasa tidaklah sesusah mana pun. Paling tidak buat lebih daripada biasa. Itu pun dah dikira luar biasa. Tak gitu?
Saya teringat kata-kata motivasi seorang penulis berbangsa Amerika yang lahir pada tahun 1856. Dia kata ...
"Sebuah mesin boleh melakukan kerja yang dipikul oleh 50 orang biasa tapi kerja yang ditanggung oleh seorang yang luar biasa tidak kan termampu dilakukan oleh 50 mesin."
Hmm ... boleh kamu semua fikirkan sedalam-dalamnya maksud kata-kata hikmat beliau? Eh Eh... tak yah lah ya. Kalau boleh faham pun dah memadai. Lebih baik fikirkan bagaimana kamu semua boleh tingkatkan gred pencapaian kamu dalam UPSR akan datang, lebih-lebih bagi subjek Bahasa Inggeris.
Ok lah, setakat ni dulu. Nanti saya tulis lagi ye.

2 comments:

Anonymous said...

betoi betoi betoi.. saya setuju tapi cemerlang bukan saja untuk subjek english tapi merangkumi semua subjek. Yang penting, usaha dan keikhlasan dalam menuntut ilmu banyak membantu kejayaan seseorang..

Anonymous said...

hye,,sir
thiz is me,,shahida..
t.q 4 do this blog 4 us..
i'm vry appreciated it very much..
tlg doakn sye tok paper bi ecok..
this blog is very usefull.
be4 i forget,,epy belated fathers day..hehehe

Post a Comment